PENGENALAN DIRI :
Assalamualaikum kepada para pembaca yang saya kasihi, sebelum itu izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu . Nama diberi Nur Athirah Shahira Binti Che Mohd Zaliza (IDA22-11-024). Pada 21 Oktober 2023 genaplah 19 tahun saya dilahirkan di muka bumi ini . Saya dilahirkan di Hospital Gerik , Perak dan dibesarkan di Bachok , Kelantan.Saya merupakan anak pertama dan saya mempunyai 5 adik beradik iaitu 2 orang adik perempuan dan 2 orang adik lelaki. Kini, saya melanjutkan pelajaran di KOLEJ PROFESSIONAL MARA , INDERA MAHKOTA , KUANTAN , PAHANG . Saya menceburi dalam bidang yang sangat saya minati iaitu Diploma In Accountancy . Tempoh pengajian untuk bidang ini di KPM Indera Mahkota adalah 2 tahun sahaja dan semua pelajar di KPM juga akan mendapat elaun bulanan setiap bulan . Itu juga menjadi salah satu faktor saya melanjutkan pelajaran di sini . Selain itu , hobi saya ialah membaca novel dan menonton C-Drama . Saya bercita-cita untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya di dunia dan akhirat . Saya berharap agar dapat membalas jasa seorang ayah yang berpenat lelah mencari rezeki untuk membesarkan kami adik-beradik dan tidak dilupakan juga jasa seorang ibu yang membesarkan dan melahirkan saya . Saya juga berharap agar dapat membahagiakan mereka di dunia dan akhirat . Tanpa mereka yang menjaga dan membesarkan saya , mungkin saya tidak akan berada di sini sekarang .